hari ini adalah segalanya, setelah sibuk mendiamkan diri buat seketika, semangat itu datang kembali walaupun sedikit. mula untuk mengorak langkah dengan merajinkan diri menaip entry yg entah ape2. entry kali ini hanya untuk melepaskan rasa yg xmenentu di hati. diizinkan kepada pembaca untuk tidak meneruskan perjalanan anda di dalam entry ini kerana entry ini hanyalah sekadar perkongsian antara mata, telinga, hati, tangan dan perasaan. entry ini tidak membawa apa2, hanya sekadar coretan semata-mata.
terasa syahdu di hati bila terkenangkan hari ini sudah menjelma bulan ramdhan. rasa pilu bila memikirkan segala masalah yg wujud dalam diri ini sehingga tidak sedar bulan yg penuh mulia ini kembali lagi. mengucapkan rasa syukur ke hadrat illahi kerana masih diberikan peluang untuk hidup lagi sehingga sekarang. cuba untuk memperbaiki lagi kelemahan diri dan mencuba untuk memperbanyakkan amalan di bulan yg mulia ini. mudah-mudahan segala amalan akan diterima oleh yg maha Esa. ayuhlah, kita sebagai umat islam seharusnya sedar dan saling mengubah diri ini ke jalan yg lebih baik. diharapkan kita dapat mengumpul amalan sebaik mungkin sebelum ajal dipanggil nanti. siapa tahu berapa lama lagi kita akan hidup?? adakah segala amalan kita sebelum ini sudah cukup untuk membawa ke alam akhirat nanti??mata, telinga, hati, tangan dan perasaan ini juga belum tentu cukup membawa ke alam syurga. Ya Allah, kerdilnya diri ini bila mengingatkan amalan sebelum ini. diri ini masih lagi belum cukup Ya Allah.
sedangkan :
- mata - masih lagi tidak melihat kejadiaan2 alam yg Allah kurniakan
- telinga - masih lagi mendengar bisikan2 yg membawa ke arah kemungkaran
- hati - sudah tidak seperti seorang bayi yg baru lahir
- tangan - sukar untuk menghulurkan bantuan
- perasaan - tidak malu untuk melakukan dosa
setelah diteliti kita sebagai manusia memang tidak lari dari melakukan dosa tapi jika alangkah baiknya jika amalan kebaikan yg kita cuba untuk perbanyakkan agar dosa2 itu akan terhapus. jadi, di bulan yg mulia ini, bangkitlah semua teman2, marilah kita cuba perbaiki apa yg telah silap selama ini. maafkan segala khilafku selama ini. marilah kita sama2 mengubah mata, telinga, hati, tangan dan persaan ke arah yg lebih baik. salam ramdhan buat teman2. semoga ramdhan kali ini lebih bermakna dari yg sebelum ini. marhaban ya ramadhan.
p/s : coretan ini tidak kena mengena dengan sesiapa, hanya mata yg melihat, hanya hati & perasaan yg terdetik, hanya tangan yg menaip, hanya telinga yg mendengar luahan ini. sekian, wasalam ^_^
10 comments:
selamat bepuasa! =))
selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak..semoga kita dapat buat ibadat sebanyak yg mungkin pada bulan ni...carilah malam yg mulia tu..:)
WAHIDA ALIAS : thanks! selamat berpuasa juga :)
atien : insyaallah.amin.moga2 kita mendapat rahmat dari Nya.tengs dear :D
pertama kali singgah melawat blogger senegeri :) selamat berpuasa ya kawan :) untungg laa puasa sebulan kat rumah.. hekhekhek :D
wahh..kita senegeri ke??hehe..
selamat berpuasa juga kawan..
hihi..untung la jgak,tp raya dh xbrpa nk untung dh sbb nk kena smbung blaja balik..heheh :)
entry yg penuh makne. ;) TERUNGGUL....hehe.
hehe..xda la..biasa je..hee..thanks
^.^
sama-samalah kita beringat untuk kebaikan diri sendiri di dunia dan di akhirat, insyaAllah
nice entry, =)
Adib Syazwan : insyaallah, mudah-mudahan..amin..
terima kasih adib :)
Post a Comment