Thursday, January 26, 2012

BACAAN ATAU DOA YANG BOLEH DIBACA SEMASA MENGAMBIL WUDUK

Posted by kisah gadis stay up late at 3:01 AM
Reactions: 
4 comments
salam blogger. owh, yeahh. memang lama sangat sangat sangat aku xhapdate blog ni kan. dh macam mati hidup kembali dh blog aku ni haa. okayy, xnak cter karut panjang2. nk kongsi sedikit ilmu yg aku dapat ni. sebelum ni pernah x kita amal masa nk mengambil wuduk?? dari sehari ke sehari jika dihitung xterkira banyaknya dosa yg telah kita lakukan. itulah fitrah manusia. kita hanya manusia biasa. namun, seseorang manusia itu mampu untuk berubah ke arah kebaikan.


jadi ini adalah salah satu ilmu yg boleh dikongsi dan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. aku pun tengah practice jugak dan alhamdulillah ambil masa sekejap je nk ingat benda ni. maybe yg dh amalkan tu just keep it up and yg belum tu sama2 kita mengamalkannya. dan lepas je amalkan ni, aku dapat rasakan something. memang terasa nikmatnya. korang try, korang dapat. insyaAllah :)





BACAAN ATAU DOA YANG BOLEH DIBACA SEMASA MENGAMBIL WUDUK



1. Ketika berkumur,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab- hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, 
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, 
berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, 
berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, 
berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, 
berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

p/s : Akhir sekali, baca doa selepas wuduk & bolehlah mulakan solat. ^__^

"Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis."- Imam Syafie

 

MRS LOLIPOP Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting