Thursday, December 29, 2011

. . . . .

Posted by kisah gadis stay up late at 12:23 AM 0 comments
hallo3. fuyoo, lama gila xupdate kan. malam ni rajen pulak aku padahal kerja belambak-lambak lagi xsiap. study week dh bertukar menjadi studo week yaa kawan2!! minggu study week adalah minggu untuk kita tidur! yaa, tepat sekali!!! okey, kali ni xda title yg specific nk kasi sebab mood tengah xbrape nk biul kan. aku pun xtahu kenapa aku nk update jugak lepas aku baca bl0g sapa entah tadi. motif hati aku sakit, aku rindu dia. tapi lepas simply mistakes yg aku dah buat sejak minggu lepas, aku dengan dia dh agak lain skit. ye, aku tahu aku silap, aku bertindak tak pernah nk fikir dalam2. ikut suka hati aku je kan. arghhh. sampai bile aku nk macam ni? aku buntu. jangan buat aku macam ni. please. sampaikan tadi bawak kereta pun dh xilang arah. bawak ikut suka hati aku je tadi. ape dalam fikiran aku pun aku xtahu lah.


aku buntu. aku pening. aku sakit. . . . . . . . . . . . .


:(

Sunday, August 21, 2011

Kisah Pelajar UIA Mimpi Jumpa Rasulullah

Posted by kisah gadis stay up late at 2:27 AM 16 comments
salam semua. dh lama aku xupdate kan. biasa la dua tiga hari sibuk xhabis2. sebenarnya banyak  yg nak dikongsikan bersama tapi tidak sempat untuk mengupdatenya semua. jadi untuk malam ni, aku sempat nk share satu video tentang
" Kisah Pelajar UIA Mimpi Jumpa Rasulullah "
 so, apa kata korang tengok dulu, tapi sebelum tengok bolehla kita selawat dulu ye ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.. mari lah kita perbanyakkan lagi zikir & selawat ke atas nabi dalam bulan yg mulia ini. hayatilah dan ambil iktibar dari apa yg telah ditayangkan dalam video ini. selamat menonton. ^_^





p/s : sayu hatiku bila melihat video ini. betapa besarnya nikmat Tuhan yg diberikan untuknya sehingga dapat bertemu dengan Rasulullah walaupun hanya di dalam mimpi. sama2 lah kita muhasabah diri masing2 selama kita hidup ini, adakah cukup bekalan kita untuk akhirat nanti?? ampunkan aku Ya ALLAH. hanya kepadamu aku memohon :')
sebelum anda mengundur diri, ikhlaskan tangan anda hanya dengan mengklik butang  SINI     
semoga keberkatan yg anda lakukan di bulan Ramadhan ini akan mendapat ganjaran walaupun sebesar biji zarah. ahlan wasalam. syukron  ^_^


Friday, August 19, 2011

" SEGMEN TEMPEK DAN JELAJAH BLOG_TEMOYO"

Posted by kisah gadis stay up late at 12:18 AM 14 comments
KLIK BANNER UNTUK JOIN!! ^.^



bak kata temoyo kena ada tujuan untuk join segmen ni :
 nak tambah ilmu, nak tambah kenalan, nak tambah lagi post kt blog nih yg agak kurang mengupdatenya :P, & nak tambah blog purple yg cantik ni ke dalam followers saya. 

* urpp dh terlebih sudah 5 patah perkataan. hahaa :D

 

jom join sebelum terlambat, hanya untuk 100 blogger yg bertuah sahaja. blogger yg cute lg miut yg bertuah untuk ditag ^.^ :


NADINE

ARAYUN

SHAHIMAR






Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #8

Posted by kisah gadis stay up late at 4:22 AM 7 comments


(^_^)

Tuesday, August 16, 2011

APAM POLKA DOT DOT DOT T_T

Posted by kisah gadis stay up late at 2:09 AM 17 comments
alhamdulillah. setelah pulih untuk seketika terus datang idea2! ceyhhhh... okey, ni nk sembuhkan balik blog ni yg bakal jatuh sakit pulak bile dh lama tak updatenya!! aihh..


berbalik kepada tajuk entry, haa. sapa yg xkenal lagi apam polka dot dot dot ni?? * dot dot tu sekadar tambahan gediks dari aku ja. kalau sapa belum kenal satg aku tunjuk gmbar kt bawah. tapi kalau korang google images konpem dapat jumpa punye, belambak aihhh! hahaha. 



tapi bile aku postkan dekat group ribena kitaorang, ramai jugak yg xperasan ape ke bende yg aku post tuh. haha. tujuan aku post kt group tu dulu sebab aku try la nk tnya diaorang " kalau aku jual apam polka dot dot dot tu ada orang nak beli x? " aku bukan apa, alang2 duk umah xbuat apa2, baik la ak jual kan? tapi sebab takut nk tnya umum, aku tnya dekat group tu dulu. dari segi respons tu ramai la yg komen, tapi macam xda yg berminat nk beli kot. berminat nk free boleh lah. adoiii, sorang dua boleh la, kalau ramai2 jenuh aku. hahaha. tambah pulak bukan nk jual sampai semua negeri pun, sekadar sekitar Kuala Terengganu ja. lagi pulak rajin buat2 semua ni sebelum masuk U ja, satg bila dh masuk memang xdaq dh aih benda2 ni semua. memang aku busy lah! * hurm kalau macam ni baik ko xpayah jual.  betul gak tuh, memang tu yg aku nak cakap. haha :D


lepas tu, pikir duk pikir xda orang nk beli dh ni. lagipun offer nk jual lambat sangat aku ni! semua dh belambak dh tempah nk beli kuih raya semua. last2, baik aku buat makan ja untuk family, lagi sempoi kan?? hahha. konklusinya aku jual2 gambar jela kt blog aku ni ye. " mai, mai... sapa nk beli, mai mai. " hahhaha. * kesian tol tuan blog nih! :P


LAI LAI, SAPA MAU SAPA MAU!! HAHAH ^^












  




p/s : sapa mau join churp2 untuk lebih masyukk dengan hanya daftar secara percuma?? jom, klik SINI   
thanks for reading! ^_^

Sunday, August 14, 2011

entry yg sngat pendek..tettt T_T

Posted by kisah gadis stay up late at 12:48 AM 7 comments
 maaf kt semua yg dh terjah, singgah, komen, jenguk sat semua kt blog ni. tuan blog agak berapa  xsedap badan, idea kurang, busy sikit.




 



nanti dh okey, tuan blog singgah, komen, jenguk blog korang.


terima kasih ^_^






p/s : aku dh penat, aku kena tido awal malam ni. okeyy. tettt  T_T

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #7

Posted by kisah gadis stay up late at 5:33 PM 13 comments
^_^

Monday, August 8, 2011

Siapa nk join buat nih??meh sini meh :P

Posted by kisah gadis stay up late at 2:38 AM 11 comments
sebelum tidur aku nk share satu benda nih! 
anda tengok dulu baru anda tahu ^.^

* tu diaa pakai yg LARGE terus!! :P


p/s : " for those who don't understand a thing, but kinda interested to join (cause i'm pretty), make a video response which have you saying

i'm a . . . (your race). my race teaches me to (whatever good values pertaining to human relationship)

and do the same for your religion. i'll compile these videos and post them as one in my next video. the video response wouldn't appear though :)

to post a video response, click on the comment box, and video response link will appear on the right side.

anyone for a better malaysia? :D
"
by matluthfi90 (^.^)





Saturday, August 6, 2011

kisah ramadhan-lurus bendul punya pasal =.=

Posted by kisah gadis stay up late at 12:55 AM 23 comments
kisah ramadhan bermula di sini........... petang itu, mak mintak tolong alang tanak nasi. alang merupakan seorang yg pendiam, sukar untuk mengeluarkan kata2 & sukar untuk berinteraksi dengan orang lain lalu terus melaksanakan arahan yg diberikan oleh mak. alang dengan segeranya membasuh beras & terus meletakkan di dalam periuk untuk dimasak. 



setelah beberapa jam berlalu, mak & akak terus pulang ke rumah dalam keadaan kekalutan sedikit kerana waktu berbuka hanya tinggal beberapa minit lagi. setelah itu mak bergegas untuk menghidangkan lauk2 dan kuih2 yg hanya dibeli di bazaar ramadhan seketika tadi. setelah itu, akak terus ke dapur untuk meletakkan nasi ke dalam pinggan. sementara itu alang sibuk menyediakan air. selang beberapa saat, akak dengan tiba2 menjerit "MAK!! MAK!! MAK!! " mak dengan nada terkejut terus bergegas ke dapur. tiba-tiba mak hampir pengsan. rupa-rupanya .................................................................  

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

nasi yg ditanak masih belum masak. terkedu mak seketika. apa ke tidakknya, mak mintak tolong tanak nasi tapi alih2 beras jugak yg dapat. apa cita nih??
 rupa-rupanya alang lupa untuk menekan butang "on" dekat periuk tuhhh. alang pulak lupa nk tanya mana satu butang on kot??  lurus betul la alang nih!! hahhaa. tu la jadi macam tu. namun, apabila azan berkumandang, keluarga tersebut berbuka dengan kurma dan sedikit kuih muih yg dibeli tadi sementara menunggu nasi masak. mak dan akak hanya tersenyum dek kecuaian alang itu tadi. alang hanya terus mendiamkan diri dan ketawa sendiri bila teringatkan peristiwa tersebut.









# pengajaran yang alang dapat : lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu kerja & perlu banyak bertanya jika tidak tahu menahu sesuatu =.=


p/s : cerita ini tidak kena mengena dengan sesiapa. hanya imaginasi di bulan ramadhan.

ikhlaskan tangan anda sempena bulan ramadhan di SINI        

terima kasih ^.^


Friday, August 5, 2011

SALAM JUMAAT #1 ^.^

Posted by kisah gadis stay up late at 9:13 AM 3 comments




P/S : bukan hari rabu je nk post2 cmni. harini hari jumaat aku terasa nk post jugak. semoga mendapat keberkatan pada penghulu segala hari ini. selamat menyambut bulan ramadhan yg ke-5. wink3 ^.^

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday #6

Posted by kisah gadis stay up late at 10:14 PM 14 comments



p/s : masih belum terlambat lagi kan?? hee.  
selamat hari rabu lagi dan salam ramadhan yg ke3 (^_^)


kisah di sebalik 5hb 11 (^_^)

Posted by kisah gadis stay up late at 3:01 AM 16 comments
salam ramadhan semua. ada ape dengan 5hb 11 ni?? special sngat ke? heehe. ni nk cita skit, sapa xmau dengaq xpa. boleh silau2 ja bloq ni lepas tu truih blahh xpa. hahaak. awat aku nk cakap utara sngat ni. adoihh, maaf la kt sapa2 yg pure dari sana tuh. cheq xpndai mana, kalau silap sorry molyy la yep. cheq suka cakap utara ni sebab dulu duk ngaji setahun matrik kt penang. jadi penuh budak kedah kt situ, apa lagi. cakap bahasa depa la. hahaa.




 okay, aku dh start mengarut. dah3. spcial tu taklah spcial sngat, tapi bagi aku sngat spcial la sbb tarikh tu la aku dilahirkan di bumi ALLAH ini. malahan umi aku pun lahir pada tarikh yg sama dengan aku. mengucap syukur kerana masih diberi peluang untuk terus hidup sehingga sekarang. alhamdulillah. dulu dekat sekolah, aku bukan main lagi nk cari la sangat sapa2 yg satu tarikh diberanakkan. anda lahir bila?? 5hb 11 juga ka?? kalau ya, adoihh kita satu geng lah! boleh bagitahu kt aku, senang2 mana taw kita boleh raikan sama2. 




tapi, selang beberapa tahun setelah menamatkan zaman persekolahan aku masih lagi tercari2 kot2 ada satu tarikh dengan tarikh lahir aku. tup3, detik 28hb 7 baru2 ini. aku dh jumpa sorang yg satu tarikh dengan aku. kebetulan dia tu senior aku masa satu sekolah menengah dulu. tak kusangka jua. bukan apa, saja2 ja nk buat kenangan sapa2 yg lahir 5hb 11 ni. lagipun   susah nk cari sapa2 yg lahir bulan2 yg last ni. kebanyakkannya semua lahir awal2 kn. tapi xmengapa. haaa, makanya jumpa juga. panggilah dia si kembarku. kebetulan kami telah berkenalan sebelum ini ketika kem sahsiah yg dijalankan bagi tingkatan 2 baru2 ini. haaa, dia pun jadi fasilitator sama macam aku jugak. sejak dari tu la kitaorang pun jadi rapat. dia pun rapat jugak dengan semua fasi2 yg lain. bukan apa, teruja la jugak sebab dh jumpa sama tarikh lahir ni walaupun xsama tahun. bak kata kembarku, jom cari lagi ayah, mak, adik, akak, abang bak kata semua la anak beranak yg lahir tarikh ini. 

*amboihh, ekciteddd bebeno dia. haa, tapi lupa nk cakap dekat kembarku ini yg mak nye dh jumpa yg sama tarikh ini. mak tu, umi aku lah! amacam, sepcial x 5hb 11?? lepas ini nk cari lagi ayah, adik, kakak semua. hehe :D





dulu aku sorang T_T


sekarang??? tidak lagi :P



p/s : ini hanyalah untuk menambahkan lagi hubungan silaturahim sesama kita. jadi, korang lahir berapa hari bulan?? sama dak?? hehe. thanks for reading! wink3 ^.^

Monday, August 1, 2011

permulaan segala hari =.=

Posted by kisah gadis stay up late at 2:10 AM 10 comments
hari ini adalah segalanya, setelah sibuk mendiamkan diri buat seketika, semangat itu datang kembali walaupun sedikit. mula untuk mengorak langkah dengan merajinkan diri menaip entry yg entah ape2. entry kali ini hanya untuk melepaskan rasa yg xmenentu di hati. diizinkan kepada pembaca untuk tidak meneruskan perjalanan anda di dalam entry ini kerana entry ini hanyalah sekadar perkongsian antara mata, telinga, hati, tangan dan perasaan. entry ini tidak membawa apa2, hanya sekadar coretan semata-mata. 









terasa syahdu di hati bila terkenangkan hari ini sudah menjelma bulan ramdhan. rasa pilu bila memikirkan segala masalah yg wujud dalam diri ini sehingga tidak sedar bulan yg penuh mulia ini kembali lagi. mengucapkan rasa syukur ke hadrat illahi kerana masih diberikan peluang untuk hidup lagi sehingga sekarang. cuba untuk memperbaiki lagi kelemahan diri dan mencuba untuk memperbanyakkan amalan di bulan yg mulia ini. mudah-mudahan segala amalan akan diterima oleh yg maha Esa. ayuhlah, kita sebagai umat islam seharusnya sedar dan saling mengubah diri ini ke jalan yg lebih baik. diharapkan kita dapat mengumpul amalan sebaik mungkin sebelum ajal dipanggil nanti. siapa tahu berapa lama lagi kita akan hidup?? adakah segala amalan kita sebelum ini sudah cukup untuk membawa ke alam akhirat nanti??mata, telinga, hati, tangan dan perasaan ini juga belum tentu cukup membawa ke alam syurga. Ya Allah, kerdilnya diri ini bila mengingatkan amalan sebelum ini. diri ini masih lagi belum cukup Ya Allah. 




sedangkan :

  • mata         - masih lagi tidak melihat kejadiaan2 alam yg Allah kurniakan
  • telinga      - masih lagi mendengar bisikan2 yg membawa ke arah kemungkaran
  • hati           - sudah tidak seperti seorang bayi yg baru lahir
  • tangan      - sukar untuk menghulurkan bantuan
  • perasaan  - tidak malu untuk melakukan dosa



setelah diteliti kita sebagai manusia memang tidak lari dari melakukan dosa tapi jika alangkah baiknya jika amalan kebaikan yg kita cuba untuk perbanyakkan agar dosa2 itu akan terhapus. jadi, di bulan yg mulia ini, bangkitlah semua teman2, marilah kita cuba perbaiki apa yg telah silap selama ini. maafkan segala khilafku selama ini. marilah kita sama2 mengubah mata, telinga, hati, tangan dan persaan ke arah yg lebih baik. salam ramdhan buat teman2. semoga ramdhan kali ini lebih bermakna dari yg sebelum ini. marhaban ya ramadhan.












p/s : coretan ini tidak kena mengena dengan sesiapa, hanya mata yg melihat, hanya hati & perasaan yg terdetik, hanya tangan yg menaip, hanya telinga yg mendengar luahan ini. sekian, wasalam ^_^

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #5

Posted by kisah gadis stay up late at 1:37 AM 11 comments
WW comes again!! NO TALK!! silent mood.. 
shhhhhh.... 
^.^


Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #4

Posted by kisah gadis stay up late at 2:45 AM 19 comments



^_^

sibuk macam nk jadi menteri!!ahhahah :D

Posted by kisah gadis stay up late at 2:39 AM 0 comments
hello! dh lama x update. 
sorry la kt semua. buat masa skrang. 
mmg agak busy sdikit dgn hal2 lain. 
ditambah pulak dgn mood utk berblogging nih dh berkurang. 
nk post ssuatu entry ni bukannye mudah kn. hehe. 
disebabkan masa yg agak singkat untuk berblogging, 
sampaikan dh terlepas WW minggu lepas. 
memang mohon maaf kt semua yg telah jenguk2 sini tu.
 nnti ada masa aku dtg2 jenguk lagi. 

thanks all ^.^



Thursday, July 14, 2011

Hati-hati dalam memilih makanan!!

Posted by kisah gadis stay up late at 6:24 PM 4 comments
salam semua. haa, dh makan belum?? amacam korang makan apa hari ini?? makan dekat mana? kedai ke kt rumah? kalau kt rumah, masak apa?? kadang2 kita x sedar apa yg kita makan dalam sehari ke sehari mungkin ada kandungan yg diharamkan untuk makan. 

" elehh, kau ni banyak cakap betollah!! kan dh ada tanda halal, apa nk susah? makan jela."


memang benar dengan adanya tanda halal itu sudah tidak meragu-ragukan lagi kita untuk makan. tapi, sedarkah anda ketika memilih makanan tersebut?? pernahkan anda menyemak dahulu dia punya label, ingredients itu semua? 

bagi yang tidak menggunakan tin, botol dalam pemakanan diorang itu tidak menjadi masalah. tapi bagi yg sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa yg cukup untuk memasak, sudah tentu akan mengambil jalan yg singkat dengan memasak masakan yg ada di dalam tin, botol dan juga masakan segera. 

sebelum ni aku juga mendapat cerita yg mengatakan " prego sauce " tu tak halal sebenarnya kerana terdapat PORT MINCED MEAT di dalam bahan-bahannya. sebelum ni kalau aku nak beli sos spaghetti aku memang akan beli jenama adabi tu je. x pernah nk beli jenama yg lain. aku pun belum cek lagi dekat sos prego tu. sejauh manakah kenyataan itu??  untuk maklumat lanjut korang boleh klik :








               


ni adalah antara kod2 yg mengandungi unsur lemak babi. gambar ini dh lama dh tertampal kt blok masa aku matrik dulu. hehe :)




p/s : hati2 dalam memilih makanan!! kalau rasa was2 sangat tu jangan ambik la. sama2 lah kita lebih berhati-hati selepas ni. semoga kita mendapat kesihatan yg cukup dengan rezeki dan makanan yg halal. okayy, wink3 ^.^

Tuesday, July 12, 2011

1st Online AnisUmbrella Boutique GiveAway by Anis Izyan

Posted by kisah gadis stay up late at 10:16 PM 8 comments
hello girls!! urpp, entry ni sesuai untuk girls je kot?? HAHA.. okayy, lets straight to the main point.. for the 2nd time aku join contest2 nih.. btw, thanks Anis Izyan.. ni big boss yg ajak sendiri, bukan aku di tag or apa ke.. kira special la ni?? *cehh, jgn nk melebih okayy.. enough.. hehe
ni dia banner big boss yg cantik & cute miut gitu :)

.
.
.
.
.



for further info, do click here Anis Izyan   
           
cepat girls2 semua sebelum terlambat, tarikh tutup 18 july 2011



girls2 cute miut yg bertuah :





1st p/s  : good luck!! wink3 ^.^

2nd p/s : kepada Anis Izyan, sorry dh terpanggil big boss td tu.. hehe.. :D




Monday, July 11, 2011

mau cuba kerabu mangga yg paling sedap?? :P

Posted by kisah gadis stay up late at 10:18 PM 6 comments
wahhh. tajuk entry mmg bajet2 betoll lah!!! haha. kerabu mangga ni lebih dikatakan sama je semuanya, cuma aku ada ubah2 dan tambah sikit2 ikut suka aku. hehe. okeyy, jum kita silau2 dulu resipinya. nanti baru tunjuk dia punya gambar. hehe.


bahan2 :
  •  1 biji mangga(tgk ats kesuaiaan)
  •  1 batang carrot
  •  1 batang serai
  •  1 batang bunga kantan
  •  1 labu bawang besar
  •  1 tangkai cili besar
  •  udang kering - ditumbuk halus
  •  cili padi(tambah bnyak lgi kalau suka)
  •  sedikit serbuk lada hitam 
  •  garam dan gula mengikut rasa
  •  air asam limau nipis 
  •  cuka


cara2 :

  •  tumbuk halus atau kisar dahulu udang kering.
  •  potong nipis2 carrot, serai, daun bunga kantan, bawang     besar, cili besar dan cili padi.
  •  tumbuk sedikit serai (jgn kasi halus macam udang kering).
  •  potong halus2 buah mangga.
  •  campur dan gaulkan semua bahan2 di atas bersama lada hitam, gula, garam, cuka dan air asam limau nipis mengikut rasa.
  •  sedia untuk dihidang.





ni kasi zoom lagi dekat. HAHA :D





p/s : sumber ilham : Sejenak Bersamaku selamat mencuba ^.^



Saturday, July 9, 2011

di sebalik kesibukkan selama ini :)

Posted by kisah gadis stay up late at 2:59 AM 14 comments
salam & selamat pagi semua. wahh, setelah beberapa minggu sibuk dengan kem sana kem situ. *macam banyak kem sangat!! hahah. xdala. setelah menyiapkan beberapa tugasan yang penting untuk diselesaikan, akhirnya malam ini aku baru menghembus nafas lega. melepaskan segala penat lelah sebelum ini. dan aku mintak maaf sangat2 kt sesiapa yg telah menjenguk, mengkomen, mengdropkan something kt shoutbox tuu. terima kasih semua ye. insyallah, lepas ini aku akan rajin2 kan diri untuk menjenguk anda semua. okayy lah, lets straight to the topic!! akhirnya aku dan rakan2 fasilitator yg lain telah selamat menjayakan 
"KEM PEMANTAPAN SAHSIAH REMAJA" bagi pelajar tingkatan dua baru2 ini. bukan senang untuk melaksanakan sesuatu program ini. dari awal sampailah akhir setiap ketua harus memainkan peranan yg penting dari segala aspek. bahkan juga dengan bantuan fasilitator semua dan kerjasama yg diberikan telah memberi jalan yg mudah bagi mendapatkan yg terbaik. lagipun, program ini dijalankan oleh para alumni sekolah aku sendiri tanpa bantuan para guru2 yg lain. hanya segelintir guru seperti guru kaunselor sahaja yg memberi tunjuk ajar dalam menjayakan program ini. semoga apa yg dibuat oleh para alumni ini bakal memberi ikitibar kepada adik2 semua dan menghasilkan seroang pelajar yg berjaya bukan sahaja dari segi akademik malah sahsiah. itu sebenarnya objektif kami. aku pun bersyukur alumni sekolah aku masih bergiat aktif dalam menghasilkan yg terbaik bagi para pelajar @ ibaratkan adik2 kami semua. semoga kita lebih bersedia untuk membangunkan negara di masa akan datang. okeyy la, sampai sini sahaja yg dapat dikongsi, apa2 pun jum kita layan2 beberapa gambar ketika kem ini dijalankan. enjoyy ye semua!! thanks for reading.. wink3 ^.^



haa, sibuk cari sape fasi korang kan?? :D


syokknye duk tgk video tu :)


sibuk mengeluarkan pendapat masing2 ;)


haaa, tu duk tngok ape tu?? :P


explorace sudah bermula!! :D


ni baru betol3 perbincangan dalam kumpulan :)


haa, ni baru kena present ;)


ni baru group aku : SE_G @ seven of geng :) 


sempat lagi posing2 ye :P


tekunn gittuuuu XD


:]


present lagi?? tp ape fasi duk bisik2 nih? haa.. 


antara barisan fasilitator yg suke posing :D


fasi2 memperkenalkan diri ;)


mengimbau kembali kenanganku di sekolah :)


rinduuu :')





 

MRS LOLIPOP Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting