Sunday, May 22, 2011

INTERVIEW =,=

Posted by kisah gadis stay up late at 7:49 PM
Reactions: 
7 comments
huhhh.. salam semua.. alhamdulillah, rezeki dtg lgi melimpah-limpah.. setelah ak membuat semakan, akhirnya.. ak berjaya ke peringkat seterusnya.. ehhee.. alhamdulillah.. bersyukur sngat2.. ak ditawarkan ke program pendidikan matematik.. suka sngat.. tp, ni baru temuduga, belum lgi dpt jd cikgu.. haaa, bkn senang nk jd cg skrng.. tp, akan ku usahakn shngga berjaya.. kalau ad rezeki aku, ad la... insyallah.. amin.. oraitee.. kalau lihat pd trikhnya itu, mmg dh xlama dh... jd, smpai sekarang ak tngah sibuk mmbuat persediaan la.. huhh.. takut pun ade jgak.. harap2 dpt mnjayakannnya dgn baik.. doakn ak yep.. hehee.. oraitee.. ni ak nk kongsi kt korang tatacara menghadapi temuduga.. semoga menjadi tips yg brguna kt korang.. terima kasih http://eduline.tripod.com/temuduga.html kerana menyediakan tips2 yg sngat berguna.. daaa.. good luck everyone tak kire dlam ape jua keadaan.. oraite.. wink3 ^.^

^_^



BIL
TEMU DUGA
TARIKH
MASA
TEMPAT
1.
Temu Duga Program Pendidikan Bagi Permohonan Kemasukan Ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2011/2012
25 MEI 2011
2.00 PETANG
EC 20
BLOK E, ARAS 3, UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA), KAMPUS GONG BADAK
21300 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU



TATACARA MENGHADAPI TEMUDUGA  


PERSEDIAAN UNTUK TEMUDUGA:

Calon-calon mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadiri temuduga. Berikut adalah beberapa perkara yang elok dijadikan panduan:

1. Selidik dan dapatkan seberapa banyak mungkin maklumat-maklumat berhubung dengan kerjaya yang menjadi pilihan. Antara sumber-sumber yang boleh membantu anda dalam hal ini ialah:
  • Kaunselor.
  • Guru-guru kaunseling.
  • Guru-guru yang mempunyai pengetahuan berkaitan dengan kerjaya tertentu.
  • Buku-buku ‘Occupational Outlook Handbook’ dan ‘Dictionary of Occupational Tittles’ yang boleh diperolehi di bilik Kaunselor.
  • Prospektus dari pelbagai universiti tempatan dan luar negeri yang terdapat di Perpustakaan Maktab.
  • Pegawai-pegawai di Bahagian Bimbingan Kerjaya dan Perkhidmatan Pekerjaan, Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat.
  • Pegawai-pegawai yang bekerja di dalam bidang kerjaya yang dipohon.
  • Risalah-risalah dan bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh dipohon dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Jabatan Buruh dan sebagainya.
  • Ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.
2. Pastikan anda mempunyai kelulusan akademik serta kelulusan-kelulusan lain yang diperlukan sebagai syarat bagi mengikuti kursus/bidang yang dipohon. Janganlah semata-mata bergantung pada nasib dan ‘angan-angan’ sahaja.
3. Berhati-hati ketika mengisi borang permohonan (penempatan) yang pihak Maktab edarkan. Segala butir yang hendak diisikan perlulah difikir terlebih dahulu sama ada betul atau tidak, supaya borang anda nanti akan kelihatan bersih. Kesalahan mengisi borang permohonan/penempatan seperti tidak mengisi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap, tulisan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan lain-lain, memberi gambaran sikap, watak dan perlakuan anda. Perlu diingatkan bahawa proses temuduga bermula dari masa anda mengisi borang permohonan lagi.
4. Ambil tahu serba sedikit mengenai hal-hal di sekelililng anda (baca surat khabar, majalah dan sebagainya mengenai berita-berita penting dan pengetahuan am).

PADA HARI TEMUDUGA:
  1. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.
  2. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.
  3. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.
  4. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).
  5. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat.
  6. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin.


TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA:


  1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.
  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.
  3. Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  4. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
  5. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.
  6. Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.
  7. Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.
  8. Biarkan penemuduga memulakan perbualan.
  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.
  10. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.
  11. Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato’/ Dato’ Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya.
  12. Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.
  13. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.
  14. Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka.
  15. Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.
  16. Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang munasabah.
  17. Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.
  18. Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.
  19. Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.
  20. Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.
  21. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  22. Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan.
  23. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun "You taulah, problem ini begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.
  24. Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda ‘observant’ atau tidak.
  25. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  26. Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.

Tambahan: Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah.



CONTOH SOALAN-SOALAN TEMUDUGA
  1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
  2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
  3. Cerita sedikit tentang diri anda.
  4. Apakah yang dapat memotivasikan anda?
  5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
  6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
  7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
  8. Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya.
  9. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
  10. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
  11. Mengapakah patut kami memilih anda?
  12. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
  13. Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.
  14. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
  15. Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.
  16. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
  17. Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?
  18. Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?
  19. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
  20. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
  21. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
  22. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
  23. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
  24. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
  25. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
  26. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
  27. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
  28. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
  29. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
  30. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.




p/s : semoga berjaya semua.. :D

Thursday, May 19, 2011

ALHAMDULILLAH :D

Posted by kisah gadis stay up late at 4:27 AM
Reactions: 
0 comments
haaa.. tnggu pnye tnggu td, bkn main lama lg ak nk cek rsult ak tuhh.. last2, ptg td bru dpat cek.. ckap pkul 10pg.. hahha.. xpela, as long as ak dh tau rsult ak.. hehee... haa, ak xnk cite pnjang2 pun sbab sjak 2, 3 ari ni ttbe malas nk brblog sket... xtaw la nape.. huhu.. 
  

haa.. indahnye ^_^


okkaiiyy la semua.. wlaupun result ak tu xlah smpai 4.00 tp boleyh la.. hehe... alhamdulillah.. rse cam ape yg di targetkn dulu ade jgak la yg kena even tak smua.. heehe.. ak syukur sngat.. trima kaseh ya Allah.. ak sngat happy... hehe.. smoga lpas ni, ak akn buat yg lgi trbaik dri tu dkat U nnti... i will!! insyallah.. akan ku improve lgi untuk kejayaan di masa depan.. amin :)



oraiteee... good luck  everyone.... good night.. adiooss amigooss.. wink3 ^.^

Tuesday, May 17, 2011

HAPPY TEACHER'S DAY XD

Posted by kisah gadis stay up late at 4:28 AM
Reactions: 
0 comments
aii semua.. lamo deh xupdate bnda nie.. dikesempatan ini eden nk mengucapkn SELAMAT HARI GURU kt semua guru2.. terima kasih bnyak2, diats segala jasa & pergorbanan mu selama ini.. tanpa guru, kita semua tidak dpt berdiri dgn teguhnya sehingga sekarang taw.. okayy la.. ni nk cita bnda lain plak.. *dh lari topik la kau ni.. adooii.. penat den arini.. jalan2, p sekolah, pusing2 pntai.. jalan sana, jalan sini, jalan sinu, jalan situ sampai nk pengsan.. arini sngat meriahhh & bertambah serrroonakkknyeee... 

LOCATION : SMK DATO RAZALI ISMAIL, GIANT, & PANTAI BATU BURUK :D

sebelum tido, ape lagi nk share gmbar2 la.. heee.. biaq la xda org nk tngok pun... hua3..
k, tadaaa.. nyte3.. wink3 ^.^

terkejut kot ak tibe2 sek ak ada mayat.. haaaa.. haha :p
kanak2 ribena :D

peace :)

dari kiri : coda.farah.budak gedikk.mekna

haa, bukan senang nk lepak ramai2 mcm ni :p

ko nmpak ke ak dkt mna?? tnggelam suda XB

friendship for ever ^_^
p/s : gmbar dgn cg xda sbab xsmpat nk ambik.. cg busy sngat td.. hehe :D

Saturday, May 14, 2011

5 days left

Posted by kisah gadis stay up late at 3:47 AM
Reactions: 
0 comments
ohh no.... let's check out this out =,=


Keputusan PSPM Sem II Sesi 2010/11




Tarikh keputusan: 18 Mei 2011 (10 pagi)




1. Laman Sesawangwww.moe.gov.my
>Senarai aplikasi:Pra Univ>Peperiksaan Matrikulasi




2. SMS




MOE MAK hantar ke 15888

*charge RM 0.20
* MAK??? haha.. okayy3.. MAK which is stands for MATRICULATION :P




3. Talian Telefon




A. Kolej masing-masing

B. Sektor Hal Ehwal Akademik BMKPM (0388844022)








p/s : grrrr... xlama dah.. adohaaiii... takot takott :(

Tuesday, May 10, 2011

good night everyone =,=

Posted by kisah gadis stay up late at 3:24 AM
Reactions: 
2 comments
okaii.. arini xda pape pm yg mnarik untuk dikongsi.. even arni ak msak2 sket, *bajet rajin!! tp xda mood nk kongsi psal tu.. nk tnjuk gmbar pum xsmpat nk tnjuk.. tomyam tu dh hbes.. haha..

juz sebelum tidoo nk melalak jap sorang2, nk berangan jap sorang2.. tup2, lpas tu lena la.. hehe.. mlm ni ak akn dgar lgu nie sebelum nk tido.. bes kot.. ak suke sngat.. *lagu2 jgak, tp DOA still kena baca okayyy.. yelaa.. dh lama dh xdgr lgu nie.. mana boleyy lupa lgu yg si Dia bagi kt ak.. heee.. sure korang dh tahu ssangat lh kn.. biar la korang dh bosan pn dgar lgu nie.. tp ak xpernah  & xakan!! ahaha.. *bajet tol :D 
*walaupun ak dh penah buat entry lirik lgu ni, tp ak kisah apa org nk ckp.. haha.. lagu ni sngat bermakna buat ak.. lirik2 dia pulak sngat indahh... euwww.. adoiii.. jiwang plak mlm2 ni.. okaii2.. dats enoungh.. selamat malam semua... wink3 ^.^



Yang Terindah – Dakmie


Semenjak kau hadir dalam hidupku

Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan



Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah



Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran



Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah



Kau yang bernama cinta

Hingga aku rasa indah





p/s : kesenggetan, kejiwaan, kepeningaan, kemelandaan, kemalaman, keiniiann +_+

Sunday, May 8, 2011

bila dh bosan,ni la jawabnya :p

Posted by kisah gadis stay up late at 12:11 AM
Reactions: 
6 comments
salam semua.. "salam satu Malaysia... hari ini berita akan melaporkan salah seorang daripada bloggers kita di Malaysia telah disahkan sangat bosan dan sangat angau terhadap lappy nya sehingga tidak berganjak lansung untuk sekian lama.. dia telah disahkan tersangat bosan dan agak sedikit kegilaan kejiwaan kemelandaan apabila melihat video daripada youtube itu sorang-sorang"... 

*sah tak lulus kalau ada temuduga nk jadi pembaca berita ni.. bahasa melayu pun kau tak lepas!!! penemuduga tu tak sempat pun nk temuduga kau, lepas je tengok kau terus dia mintak kau blahh.. mmg xdapat la derr!! HAHA :D

okayyy.. ak tulis je ape ak nk tulis.. ak pun xsngka, yg ni ak nk postkn.. haha.. okaii, kpda ssiapa yg dh tersangat bosan & xtaw nk buat ape mcm ak nie.. jum tgk video clip nie.. nk tergelak ja ak tgk, tgk 100 kali pun xbosan.. *yela tu... dlm video ni walaupun ada bnyak lwak2 yg dihasilkn, namun ada sedikit nasihat & pengajaran yg dpt diperoleh tau.. so, ejoy watching it..
chauww... daaa.. wink3 ^.^


p/s : korang boleh tengok lagi video2 yg lain jgak yep.. jgn sedey2 suda.. heppy3 go luckkyy :)


Friday, May 6, 2011

한국 광기 =_=

Posted by kisah gadis stay up late at 3:39 AM
Reactions: 
6 comments
haa.... ssiapa yg nmpak post entry kali ni, sure trtntya-tnya kn ape ke bnda la bdak ni dk mrepek?? ape bnda mksud ntah tu?? hahaa... ni cheq nk habaq mai.. tu diiaaa... tu diiaaa... utra dh mai, "ang ni prosak bhsa org ada lh... stkat duk mtrik penang sthun pe hal??!! jgn nk mmandai  rosak bhse org!! "... ohhh... okeyyy3.. dh, blik kpd tjuk entry yg asal.. 

hurmmm, sah2 nmpak title msti dh tahu korea kn?? mksud dia "GILA KOREA" =.= 
xda ape pm, ak kt rumah mcmni la.. gila kt korea... tiap2 hari dk tngok.. bess lorr... skali tgk mmg ssah nk blahh la dri lappy nih... nk angkat pnggung nk p mkn pm brat.. hahha.. mne x nye skali stu episod stu jam, dh start tgk tu.. nk tgk lg smbungan nye.. huhuu.. stu lgi, crte2 dia pm bes gler... apatah lgi actor2 nye.. fullamakkk... hensem & comell sioott... rugi la kalau korang xtgk.. ak suke... hehe... kalau xpecaya, meh ak tnjuk plakon2 korea yg ensem2.. kalau bleyyy 1oo pages ak nk ltak gmba diaorng je.. hahaa :D *bia la korang dh knal pun.. heee~ k, adioss amigosss.. gamsahabnidaa.. chaouww... wink3 ^.^


ni la yg paling ak suke.. LEE MIN HO :)

ohhmoo.. ensem kn?? :p

ni dlm crte PERSONAL TASTE (:

aigooo.. pengsan2.. haha:D

n_n
+_+

GEUM JAN DI & GUN JOON PYO :)

BOYS OVER FLOWERS
^_^

(",)

B-)

ohh.... fuhhhyyoo.. hee~

DOONG WOON (:

=,=

:D

*grrrr...cutenye :p
kecik2 dh ensem, besar.. ape lgi??aiyaa..

crite baby & me_mason moon :-)

Wednesday, May 4, 2011

terima kasih ^.^

Posted by kisah gadis stay up late at 6:29 PM
Reactions: 
6 comments
hehe.. happy sngat arnie.. suka sukie... :) mna x nya, ak dapat hadiah coklat arni.. hehe..
xsangka plak kn.. ak kbtulan je jdi follower dia yg ke 100.. hehe.. terima kaseh bnyak2 yep Choc-0-choc..

walaupun time smpai tu cokelat dh agak cair mybe sbab jauh sngat dia nk post tu, tp ak cpat2 ltak dlam peti sejuk.. hehe... okayy, ak juz nk kongsi gmbar je ngn korang... kalau berminat, follow2 & nk buat tmpahan pm boleyhh.. ak still new dlm blog nie, so xbrpe nk pro dlm nk buat link lain dlm entry nie.. hehe, ape2 pm.. click kt cni yep http://chocochoc8786.blogspot.com/ 


enjoy it!! wink3 ^.^


terkejut ttibe smpai kt rumah td B-)
bukan sikit taw, banyakk!!! =.=
yummy3.. nk jgak?? :p
cantik bungkusan dia (",)
sodaapp kn?? 
n_n
selamat menjamu selera +_+






Tuesday, May 3, 2011

i.love.you

Posted by kisah gadis stay up late at 2:46 AM
Reactions: 
2 comments
salam semua.. hurmm, kt cini ak just nk share something jep.. best sngat article nie.. ni bkn dri ak pnyer.. ak copy dri fb td & bnda ni mmg untuk disharekn brsama.. lgpum kalau korang search I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW sure ada article ni dan mcm2 lgi.. ssiape g sudi tu, bacalah yep.. even dye pnye post agak pnjang, tp mksud yg tersurat & tersirat tu sngat mendalam.. bnyak nasihat yg dpat dikongsi brsama... huhu.. selamat membaca!! hayatilah... thank you..:) 
wink3 ^.^

(",)


" Saya sayang awak.. Tapi betul ke saya sayang awak?? Awak sayang saya ke?? Kalau sayang, nape awak pegang tangan saya?? Awak nak tengok rambut saya, nak hug saya, nak saya pakai seksi2.. Memang la awak tak kasi boy lain tengok saya pakai seksi.. Tapi awak tak halal lagi untuk saya kan?? Awak sayang saya ke kalau saya kasi semua tu kat awak??


Saya sayang awak..Betul..Tak tipu..Tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai?? Saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak.. Saya lupa solat, saya lupa dosa.. Saya lupa Tuhan..Takut la...

Betul awak..Saya sayang awak.. Tapi saya takut.. Takut sangat nak sayang awak.. Awak baik, selalu solat awal.. Tapi nape bila dengan saya awak lupa solat?? Masa kuar, kita lalu je depan masjid.. Tak pernah stop.. Tapi kat tempat takde orang, kita stop. Beratus duit awak habis untuk saya kan?? Saya hargai sangat.. Saya tau awak sayang saya..Tapi nape awak tak simpan duit tu dulu..Kot2 ada jodoh, boleh kita kawen.. Awak... Saya takut.. Takut sangat.. Takut bila ingat pe yang kita dah buat.. Saya nak awak jadi halal utk saya.. Tapi tak boleh la sekarang.. Macam mana awak nak tanggung saya..Kita blaja lagi..Saya nak hidup dengan awak..Saya nak awak jadi imam saya.. Nak sangat share everything dengan awak.. Saya nak jadi kekasih halal awak..Tapi betul ke cara kita wak?? Saya takut laaaa...

Awak..Saya nak hidup dengan awak forever kat heaven.. Tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??Macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi.. Tak kisah la saya dulu, awak dulu atau dua2 skali.. Boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang?? Kalau la Dia tanya apa yang saya dah buat dengan awak, apa saya nak jawab nanti.. Saya maluuuuuuuuuuu sangat kat Dia..

Awak.. Lama saya fikir.. Saya fikir pasal kita.. Betul saya sayang awak.. Tapi, sampai bila kita nak camni??Awak.. Saya dah fikir lama... Lepas ni, kalau saya xmesej awak, xnak jumpa awak, xnak call awak, awak jangan salah faham tau.. Saya buat camtu sebab saya sayang awak sangat2.. Awak.. Saya nak forever kat syurga dengan awak.. Dulu saya sedih sebab kita jauh.. Tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita.. Kalau dekat, awak boleh agak kan pe kita buat nanti??

Saya xtau camne nak bagitau awak..Saya nak jaga hati awak.. Tapi awak sedar tak sebenarnya saya dah kotorkan hati awak.. Saya suka goda awak dengan manja saya, dengan body saya.. Saya suka buat awak cair dgn saya.. Jahatnya saya.. Awak saya banyak dosa.. Awak nak ke terima org macam saya jadi wife awak?? Awak.. Saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak.. Saya nak jadi the best wife.. Baru la awak xpandang orang lain dah.. Saya xnak susahkan awak dengan saya yang macam ni.. Awak.. Saya nak jadi bidadari awak.. Bukan kat dunia je.. Tp kat heaven gak.. Saya nak jadi bidadari awak yang forever..

Awak.. Saya tahu saya xbaik.... Banyak sangat kekurangan dan xlayak nak tegur salah awak.. Tapi saya sayang awak.. Apa kita buat, bukan ada org tahu pun... Sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya?? Saya pun nak awak jadi suami yang boleh pimpin saya ke syurga.. Tak nak ke?? Takkan la awak sayang saya untuk hepi2 kat dunia ni je.. Awak xnak ke pilih saya jadi bidadari awak kat syurga nanti?? Awak.. Tolong la... Saya xnak dah jumpa awak.. Tapi mungkin saya lalai gak nanti.. Syaitan selalu ada dengan saya.. Suka je dia kalau saya keluar dengan awak, goda awak.. Awak.. Tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa. Tolong ek.. Saya lemah sangat..Saya nak jadi kuat.. Kuat untuk awak.. Untuk hidup dgn awak.

Saya sayang awak.. Camne kalau tiba2 Dia panggil kita before kita sempat bertaubat..Takutnye saya..Awak xtakut ke?? Camne kita nak pergi syurga?? Camne saya nak jadi bidadari awak?? Saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tapi dengan apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dalam cinta kita?? Malu sangat kat Dia..Awak..Saya nak berubah..Untuk diri saya gak, untuk parents saya.. Tapi, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan?? Saya nak berubah pun sebab nak jadi the best untuk awak.. Untuk babies kita nanti.. Nak jadi mom yang the best..Huhu. Tinggi betul cita2 saya.. Saya pun nak kita jadi pasangan yang educated.. Nak sama2 berjaya.. Tapi educated yang taat padaNya la.. Mesti bahagia kan.. Kita ingat Dia, Dia pun ingat kita, so, boleh la Dia jaga kita nanti..

Awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kat syurga tau.. Awak doakan la saya biar boleh masok syurga.. Saya nak jadi bidadari yang tunggu awak..n there, i'll be yours forever... Tapi, kalau awak pergi dulu?? Iye..Saya sedih.. Tapi saya pun akan doakan awak.. InsyaAllah..Nanti awak tunggu la saya kat syurga k?? Mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana.. Tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k?? Saya nak jadi bidadari awak..

Awak.. Maafkan saya kalau ape yg saya buat dan bagitau ni mengguris hati awak.. Saya buat camni sebab saya sayang awak.. Saya xtau camne nak bagitau awak.. Sebab tu saya taip kt sini.. Maaf sebab saya post kat sini.. Bukan nak bukak keburukan sendiri.. At least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sebagai panduan.. Ramai kat luar sana kapel dan buat macam2.. Saya takot nak post kat awak.. Tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k.. Awak.. Dah nak subuh la.. Kejap lagi mesti Dia panggil saya.. Ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k.. "

 

MRS LOLIPOP Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting